PENGENALAN KADET KOREKSIONAL SMKMT

KADET KOREKSIONAL ialah sebuah badan beruniform yang di tubuhkan oleh PENJARA MALAYSIA. Motif penubuhan kadet ini oleh pihak penjara bertujuan meningkatkan disiplin serta mengurangkan gejala ponteng dikalangan pelajar sekolah.

Pelbagai aktiviti telah di rancang bagi menghidupkan kadet ini seperti latihan kawad, latihan SENTAP (Seni Tangkas Penjara), pendedahan kepenjaraan, dan lain-lain.

Nama asal kadet koreksional ialah KADET PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (KPRS). Nama tersebut telah di ubah di sebabkan beberapa faktor dan keadaan semasa.

Kadet koreksional SMKMT mula di tubuhkan pada tahun 2005 dengan keanggotaan seramai 45 ahli. Keahlian kadet ini bertambah setiap bulan apabila ramai pelajar mula tertarik dengan kadet ini.

Pada tahun 2007 kadet ini mula menunjukkan aksinya dengan menyertai pelbagai aktiviti yang di anjurkan oleh pelbagai pihak seperti pertandingan kawad, perkhemahan, anggota keselamatan sekolah, dan lain-lain.


Bermula dari perasmiannya pada 18.03.2008 kadet ini mula aktif dengan pelbagai aktiviti dan mula mendapat kepercayaan sekolah untuk mengendalikan pelbagai aktiviti anjuran sekolah seperti mengadakan pertunjukkan SENTAP pada mesyuarat agung PIBG, menjadi urusetia keselamatan pada majlis anugerah pelajar cemerlang, dan lain-lain

MATLAMAT KADET KOREKSIONAL SMKMT

Melahirkan ahli kadet koreksional yang berdisiplin,berdikari,menjadi ikon pada pelajar lain,berani, dan bersemangat waja.

Dalam merialisasikan matlamat di atas, pihak Penjara Marang dengan kerjasama pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Merchang telah merancang beberapa modul yang sesuai dengan keadaan semasa. Modul tersebut adalah latihan kawad, latihan sentap,ceramah motivasi dan pengenalan tentang kepenjaraan.

OBJEKTIF KADET KOREKSIONAL SMKMT

*Meningkatkan disiplin diri dengan mematuhi peraturan
undang-undang dalam usaha mengatasi masalah
ponteng sekolah,gengsterisme,merokok,buli,dan lain-lain di
kalangan pelajar.

*Melahirkan insan mulia yang dapat menjadi pembimbing
kepada rakan sebaya lain yang sedang masalah disiplin
dan peribadi.

*Menyemai semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan
pelajar bagi melahirkan insan yang saling bantu
membantu dan bersatu padu dalam setiap bidang yang di
ceburi.

*Melahirkan insan yang bertanggungjawab kepada
agama,bangsa,dan negara.

*Melahirkan insan yang mantap dari segi
jasmani,emosi,rohani,disiplin, dan intelek bagi menjadi
pemimpin generasi akan datang.

*Membangunkan kemahiran mempengaruhi rakan
sebaya supaya tidak melakukan kegiatan yang tidak sihat.

*Mengadakan aktiviti yang dapat menanamkan sifat
berhati-hati dalam menangani sebarang perilaku jenayah
seperti rogol dan sebagainya.

KOD ETIKA KADET KOREKSIONAL SMKMT

Dalam menjadikan kadet koreksional smkmt sebuah kadet contoh kepada pelajar lain, maka semua anggota pasukan perlu memainkan peranan dan tanggungjawab berasaskan nilai-nilai teras seperti berikut:

AMANAH;
Sifat amanah perlu ada dalam diri setiap anggota kadet.contohnya Setiap tugas yang di beri, anggota kadet akan melaksanakan tugas dengan baik.

BERILMU DAN BIJAKSANA;
Ilmu pengetahuan adalah merupakan kunci kepada kejayaan. Bagi melaksanakan nilai ini setiap anggota kadet menimba ilmu sebanyak yang boleh supaya berjaya dalam hidup.

BENAR;
Membuat penyataan sama ada secara lisan atau penulisan berdasarkan apa yang didengar,dilihat dan dibaca yanpa sebarang pengurangan atau penambahan fakta.

IKHLAS;
keikhlasan akan menyebabkan sesuatu tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna kerana ia datang dari hati yang bersih,jujur,suci dan benar. Tugas yang diberi, dilaksanakan tanpa merungut, menyalahkan orang lain atau menunjuk-nunjuk. setiap kerja yang dilakukan bukan mengharapakan ganjaran jangka pendek atau jangka panjang tetapi berkhidmat dengan penuh keredhaan.

ADIL;
Tugas yang adil adalah datangnya dari akal yang cergas dan bijak. Setiap tugas yang di beri akan dilaksanakan dengan bijak dan di bahagi-bahagi supaya tugasan dapat di siapkan dengan cepat.

BIJAK;
Kebijaksanaan adalah penting dalam mengerakkan anggota pasukan supaya mencapai kejayaan. Pemimpin yang bijak akan meminta pandangan ahli dalam menentukan setiap keputusan yang di buat supaya tidak mengecewakan mana-mana pihak yang terlibat.