BERITA KAMI

PENCAPAIAN TERBAIK 2008
Perkhemahan kadet koreksional telah diadakan di peringkat zon pada 7-11 julai 2008. Perkhemahan ini di bahagikan 4 zon iaitu Zon Utara,Zon Selatan,Zon Timur, dan Zon Sabah/Sarawak. Kadet koreksional smkmt telah menyertai perkhemahan peringkat Zon Timur. Pelbagai aktiviti diadakan seperti berkayak,flying fox,ikhtiar hidup dan pandu arah. Selain itu, pertandingan antara kadet koreksional negeri lain seperti pertandingan kawad,sentap,rentas halangan dan malam kebudayaan. Kadet koreksional smkmt telah mengondol 2 hadiah daripada 4 pertandingan iaitu tempat ke 3 rentas halangan dan tempat pertama sentap. Selain itu, kadet koreksional telah menggondol hadiah ketua platun terbaik peringkat Kebangsaan Zon Timur yang di menangi oleh Nik Mohd Firdaus bin Nik Mohd Redzuan. Perkhemahan itu telah diadakan selama seminggu dengan jayanya dan pastinya meninggalkan seribu kenangan kepada setiap peserta ysng menyertai perkhemahan tersebut.

PENCAPAIAN TERBAIK 2009
Pada 7 mei 2009 kadet koreksional wanita smkmt telah menyertai pertandingan kawad kaki peringkat daerah Marang. Seramai 35 orang anggota kadet telah menyertai pertandingan tersebut yang berlangsung di sek.men.keb.PengkalanBerangan. Kadet koreksional wanita smkmt telah menggondol tempat pertama bagi katogeri GO. Mereka akan mewakili daerah Marang bagi katogeri GO ke peringkat negeri yang akan berlangsung pada 30 mei 2009. Kejayaan ini telah memberi suntikan semangat yang membara dalam diri setiap ahlinya untuk melakukan yang terbaik pada pertandingan peringkat negeri.

DALAM KENANGAN

Pada akhir tahun 2009,kami di kejutkan dengan berita bahawa jurulatih kawad yang kami sayang iaitu en.Rahman telah meninggalknan kami kerana telah di tukar ke penjara Penor, pahang. kehilangannya amat di rasai oleh kami kerana kami tidak dapat lagi melihat keletahnya semasa bersama kami serta ketegasannya dalam mengajar kami kawad kaki.
Kami tidak sempat untuk bertemu beliau buat kali terakhir untuk mengucapkan terima kasih, tetapi dalam blog kami, kami mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sanggup bersusah payah mengajar kami ilmu berkawad sehingga kami berjaya memasuki pertandingan kawad peringkat negeri.Jasamu tidak dapat kami balas dengan wang ringgit tetapi hanya sekeringat kami untuk menyumbangkan ilmumu kepada ahli baru kami.Semoga jasamu hanya tuhan sahaja yang membalasnya.
TERIMA KASIH CIKGU MAN.......